suria

Agensi Penguatkuasa 'Pening Kepala' 'Bersih' 67,000 Pati Dengan IC Meragukan

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Eksklusif PETALING JAYA: Tugas untuk 'membersihkan' Sabah daripada pendatang asing tanpa izin (Pati) bermula selepas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenainya dikeluarkan.


Namun, lebih mudah untuk bercakap daripada melaksanakannya. Perkara ini turut diakui oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata agensi-agensi penguatkuasa yang berkaitan akan 'sakit kepala'  untuk 'membersihkan' lebih daripada 60,000 pendatang haram di Sabah dengan kad pengenalan (IC) Mlaaysia yang meragukan.

Sambil memberi jaminan penguatkuasaan terhadap cadangan RCI untuk memenuhi keinginan rakyat Sabah yang mahu melihat negeri itu bebas daripada Pati, Dr Wan Junaidi berkata usaha bersepadu di kalangan polis, imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diperlukan untuk menyelesaikan 'isu yang kompleks' ini.

"Laporan RCI itu secara tak langsung membuatkan agensi-agensi berkaitan yang terlibat dalam menyelesaikan masalah tersebut 'pening kepala'.

"Ia adalah isu yang sangat kompleks. 'Pening kepala'," kata menteri dari Sarawak itu kepada The Star, Khamis.

Beliau berkata adalah penting bagi Pejabat Peguam Negara untuk mengeluarkan garis panduan jelas yang menyatakan implikasi undang-undang semasa proses mengambil tindakan ini dijalankan.

"Terdapat kira-kira 67,000-lebih pemegang kad pengenalan itu.

"Kita perlu mengesan mereka untuk tahu di mana dan siapa mereka," katanya sambil menambah masalah ini merupakan masalah lama sejak era 1980-an.

Beliau menambah, penghantaran pulang juga akan berdasarkan kepada sama ada mereka telah melakukannya dengan ikhlas atau rela hati atau sebaliknya semasa memohon kad pengenalan.

Artikel Lain