suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Beradik Berdepan Pertuduhan Buat Tuntutan Palsu

PETALING JAYA: Dua individu yang merupakan pasangan adik beradik akan didakwa di mahkamah pada Selasa atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM7 juta.

Kedua-duanya masing-masing berusia 40-an dan 50-an merupakan pemiik bersama sebuah syarikat, membuat tuntutan kemudahan pinjaman perniagaan dari sebuah bank di Kuala Lumpur, tiga tahun lalu.

Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin berkata, siasatan telah dijalankan terhadap kedua-dua individu tersebut.

Katanya, tuntutan palsu itu merupakan invois dan pesanan penghantaran bagi kerja-kerja kejuruteraan dan pembelian jual beli berkaitan kejuruteraan dari sebuah syarikat swasta yang sebenarnya tidak dilaksanakan.

"Hasil siasatan SPRM mendapati kesemua invois dan juga pesanan penghantaran syarikat tersebut adalah palsu.

"Dua beradik ini dijangka didakwa esok (Selasa) di mahkamah," katanya ketika dihubungi pada Isnin. 





Artikel Lain