suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muhyiddin Bertemu Menteri Pendidikan China

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan bertemu rakan sejawatannya dari China, Yuan Guiren pada hari kedua lawatannya ke Beijing, Isnin.

BEIJING: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pendidikan China Yuan Guiren di pejabat Yuan di sini pada Isnin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan tiba pada pukul 9.45 pagi (waktu yang sama di Malaysia) dan bertemu Yuan kira-kira sejam.

Mereka berbincang pelbagai isu dua hala berkaitan pendidikan.

Muhyiddin juga dijadual bertemu Naib Perdana Menteri China Zhang Gaoli di Dewan Besar Rakyat sebelum menghadiri majlis makan malam dan dialog bersama masyarakat Malaysia.

Hari ini merupakan hari kedua dalam rangka lawatan rasmi enam hari Muhyiddin ke China.


Artikel Lain