DUN Selangor Lulus Potong Gaji Empat Jawatan Penting Termasuk MB - Semasa | mStar

DUN Selangor Lulus Potong Gaji Empat Jawatan Penting Termasuk MB

SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Isnin meluluskan cadangan pemotongan gaji bagi jawatan Menteri Besar, anggota exco, speaker dan timbalan speaker berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2014 memperuntukkan gaji menteri besar dikurangkan daripada RM29,500 kepada RM25,000.

Gaji anggota exco dari RM20,250 kepada RM15,000; gaji speaker daripada RM22,500 kepada RM15,000 dan gaji timbalan speaker daripada RM15,750 kepada RM10,000.  

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan rang undang-undang itu bagaimanapun berkata, pemotongan gaji itu tidak melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat adalah pada November tahun lepas. 

Mohamed Azmin berkata, pemotongan gaji bagi empat jawatan dibuat berdasarkan peratusan kenaikan gaji sebelum ini yang dikatakan agak tidak munasabah khususnya bagi jawatan speaker dan timbalan speaker.

"Kerajaan negeri menjangkakan penjimatan sebanyak RM1.029 juta setahun menerusi pindaan gaji ini berbanding tahun 2014," katanya.

Terdahulu, Adun Hulu Kelang dari PAS, Saari Sungib, ketika membahaskan rang undang-undang itu, berkata pindaan gaji itu akan menjadi lebih adil sekiranya gaji Adun Selangor berjumlah RM11,250 turut dikurangkan.

Mohamed Azmin bagaimanapun berkata, gaji yang diterima Adun Selangor adalah memadai dengan mengambil kira beban tugas yang harus dipikul mereka.

Adun Kampung Tunku dari DAP, Lau Weng San dalam perbahasan pula berkata, speaker sepatutnya menerima gaji lebih tinggi berbanding anggota exco menerusi pindaan gaji itu dengan mengambil kira peranan dan tanggungjawab jawatan itu. 

Persidangan DUN pada November tahun lepas meluluskan kenaikan gaji untuk empat jawatan berkenaan dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus. 

Persidangan DUN bersambung pada Selasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain