suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Mati Setelah Bertengkar

SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas mati setelah dipercayai terlibat dalam pertengkaran keluarga di sebuah rumah di Taman Seri Pagi, Senawang dekat sini, lewat hari Sabtu. 

Difahamkan, mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an, dipercayai cuba meleraikan pergaduhan antara suspek berusia 21 tahun dan ibunya di dalam rumah mereka pada kira-kira pukul 6 petang.

Mangsa dipercayai turut terbabit dalam pergelutan dengan suspek. 

Mangsa yang menetap di rumah sama kemudian terjatuh sebelum disahkan mati. 

Suspek kemudian melarikan diri menaiki motosikal selepas kejadian itu. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban di sini untuk bedah siasat. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi berkata siasatan sedang dijalankan.

Artikel Lain