suria

PAU 2014: Pusat Beli-Belah Lima Bintang Tidak Sedia Peluang Kepada Vendor Melayu

Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah bertaraf lima bintang mempunyai sedikit vendor Melayu walaupun terdapat kaum Melayu dalam senarai lembaga pengarah mereka, kata salah seorang perwakilan Umno Perak.

Datuk Mohd Radzi Manan berkata, lembaga pengarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang terdiri daripada orang Melayu yang mempunyai kepentingan di pusat beli-belah itu, tidak menyediakan peluang secukupnya kepada orang Melayu untuk membuka perniagaan mereka di sana.

"Ini adalah pusat beli-belah bertaraf lima bintang tetapi saya tidak lihat mana-mana kedai yang dimiliki oleh orang Melayu? Dimana orang Melayu? Hanya di pusat beli-belah 'tiada bintang'," katanya kepada perwakilan ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 di sini, Jumaat.

Beliau berkata, ketua korporat Melayu yang kini 'duduk di kerusi besar' tidak harus lupa bahawa Umno yang meletakkan mereka disana.

"Kepada lembaga pengarah Melayu, jangan duduk di kerusi tinggi anda dan mendiamkan diri. Perjuang kepentingan Umno, Melayu dan Islam," katanya.

Mohd Radzi turut membidas beberapa pemimpin Umno yang memberikan projek kepada kontraktor Cina dan mengabaikan orang Melayu.

"Apabila mereka mahu undi, mereka cari orang Melayu. Namun sebaik sahaja mereka menang, mereka cari kapten Cina," katanya.

Mohd Radzi Manan, PAU 2014

Artikel Lain