suria

Umno : Perbahasan Ucapan Dasar Presiden Bersambung Hari Ini

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2014, yang memasuki hari kedua pada Jumaat, bersambung dengan perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Lapan perwakilan termasuk wakil mahasiswa tempatan dijadual membahaskan usul dalam perbahasan yang bermula pukul 8.30 pagi.

Perhimpunan agung, ditangguhkan untuk makan tengah hari dan solat Jumaat, sebelum perbahasan diteruskan dengan usul ekonomi dibentangkan oleh perwakilan Johor, Datuk Dr Adham Baba, yang juga Ketua Bahagian Tenggara.

Wakil Pergerakan Puteri Umno Nor Hazreena Mohamad Hashim daripada Umno Bahagian Batu sebagai penyokong bagi usul berkenaan. 

Lima belas perwakilan akan membahaskan usul ekonomi.

Usul agama dan pendidikan pula dibentangkan selepas itu dan dibahaskan 15 perwakilan. 

Sejumlah 2,752 perwakilan menghadiri perhimpunan parti Melayu terbesar yang berlangsung selama tiga hari sehingga Sabtu.
Umno, ucapan dasar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain