suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Proton Tawar Diskaun 20 Peratus Kepada Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd menawarkan diskaun 20 peratus dari jumlah kos pembaikan kepada pelanggan yang mengalami kerosakan kereta akibat banjir.

Dalam satu kenyataan di sini, pembuat kereta nasional itu berkata syarikat mengaktifkan semula program "PROTON We-Care Prihatin Banjir" untuk mengurangkan beban mangsa banjir di seluruh negara.

"Program yang akan berlangsung mulai hari ini sehingga 15 Mac, 2015, akan juga termasuk penilaian kerosakan, perkhidmatan pemeriksaan secara percuma dan bantuan menunda dari lokasi terjejas ke 67 pusat perkhidmatan Proton terpilih di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd Norzahid Mohd Zahudi berharap program berkenaan dapat meringankan beban pelanggan, terutama bagi mereka yang kereta tidak dilindungi oleh insurans bagi bencana alam.

Pemilik Proton boleh menghubungi pusat Proton We-Care di 1800-888-398 untuk pertanyaan, bantuan dan perkhidmatan tunda.


Proton, Banjir

Artikel Lain