suria

Saya Tidak Akan Hadir Forum NOW Mengenai 1MDB - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan bahawa beliau akan menghadiri satu forum mengenai 1Malaysia Development Berhad (IMDB) seperti yang disebarkan di laman media sosial.

"Terdapat notis di media sosial bahawa saya akan menghadiri satu forum pada Rabu ini.

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya tidak menerima sebarang jemputan untuk forum tersebut, malah saya juga tidak akan menghadirinya," kata beliau pada sidang media di Lobi Parlimen pada Isnin.

Menurut iklan, ceramah '1MDB: Malaysia in debt' dijadualkan diadakan di Bukit Utama, Bandar Utama.

Forum tersebut dianjurkan oleh Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW).

Menurut iklan itu, ahli-ahli panel yang hadir termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Ahmad Maslan berkata Mohd Hazem juga tidak akan menghadiri forum itu.


forum, 1MDB, Ahmad Maslan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain