suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi Kuat Di Laut Maluku Utara Tidak Beri Kesan Kepada Negara

Gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter dilapor berlaku di Laut Maluku Utara pada pukul 10.31 pagi Sabtu.

KUALA LUMPUR: Rakyat tidak perlu bimbang dengan kejadian gempa bumi kuat yang dilaporkan berlaku di Laut Maluku Utara pagi Sabtu, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail.

Beliau berkata pergerakan gempa yang dilaporkan jabatan itu berada jauh dari negara ini.

"Rakyat tidak perlu bimbang dengan kejadian itu kerana ia tidak memberi sebarang kesan kepada Malaysia," katanya kepada Bernama.

Gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter dilapor berlaku di Laut Maluku Utara pada pukul 10.31 pagi tadi.

Pusat gempanya ialah 160 kilometer ke barat laut Ternate, Indonesia dan 938 kilometer dari tenggara Semporna, Sabah.

Che Gayah berkata pihaknya sentiasa memantau sebarang kejadian gempa bumi dan tsunami dan akan memaklumkan kepada orang awam dari semasa ke semasa.

Agensi berita AFP memetik jurucakap Pusat Amaran Tsunami Pasifik sebagai berkata gempa berkenaan berpotensi menyebabkan tsunami di sepanjang pantai kepulauan berkenaan.

Pusat itu juga berkata gelombang tsunami boleh turut melanda sebahagian Indonesia, Filipina, Jepun, Taiwan dan kepulauan Pasifik Selatan.

gempa bumi maluku, tsunami

Artikel Lain