suria

Gangguan Bekalan Air Sekitar Petaling 26 November Ini

KUALA LUMPUR: Bekalan air berjadual akan dilaksanakan di 27 kawasan di Petaling pada 26 November ini mulai 9 pagi hingga 9 malam.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, langkah itu terpaksa diambil berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan air di Kolam Talu, Bandar Pinggiran Subang, Subang Bestari.

Kawasan terlibat ialah Jalan Qamari, Jalan Matahari, Jalan Kejora, Jalan Waruna, Jalan Musytari, Jalan Bumi, Jalan Uranus, Jalan U5/33, Jalan Suria, Jalan Dinar, U3; Jalan Tasik Raja Lumu, U4; Jalan Apollo, Jalan Bulan, Jalan Utarid, Taman Nusa Subang dan Taman Subang Idaman.

Kawasan lain ialah Taman Puteri Subang, Bandar Pinggiran Subang, Taman Subang Kristal, Subang Impian, Taman Desa Subang, Jalan Pluto, Subang Suria, Taman Subang Intan, Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, Mahkamah Syariah Daerah Petaling dan Pangsapuri Flora.

Pengguna dinasihati supaya menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan.

Untuk pertanyaan lanjut, mereka boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.

Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman web Syabas di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan Facebook dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.

bekalan air, Petaling, Syabas

Artikel Berikut

Selangor Serah Semula Bible

Artikel Lain