suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Mahu Sertai India Jayakan Projek Rumah Mampu Milik - Najib

NAY PYI TAW: Malaysia berhasrat untuk menyertai rancangan kerajaan India dalam membangunkan projek perumahan mampu milik di negara itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Ini kerana kemampuan syarikat-syarikat di Malaysia dalam bidang berkenaan sudah terbukti," katanya kepada wartawan Malaysia mengenai hasil pertemuannya dengan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi sempena Sidang Kemuncak Asean ke-25 di sini, Rabu.

Najib juga yakin sasaran perdagangan di antara kedua-dua negara untuk mencapai AS$15 bilion tahun depan akan tercapai.

Pada masa kini ia mencecah AS$13.4 bilion. 

Pada pertemuan itu, Modi mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk datang ke India kerana yakin syarikat berkenaan boleh mengusahakan projek perumahan mampu milik itu. 

Beliau turut berharap agar ijazah perubatan kolej-kolej perubatan di India diiktiraf Malaysia di samping menerima perubatan tradisional seperti Ayurveda. 

Selain Modi, Najib turut mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon, yang mengiktiraf usaha Malaysia dalam rundingan damai Bangsamoro serta memerangi kefahaman ekstrem dan keganasan dunia. 

Artikel Sebelum

Harga Sayur Cameron Highlands Naik

Artikel Lain