suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pusat Bandar Kajang Dilanda Banjir Kilat

Hujan lebat pada petang Rabu menyebabkan air Sungai Jelok, Kajang melimpah dan banjir kilat sehingga menjejaskan deretan kedai berhampiran Pasar Kajang.

KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang melanda pusat bandar Kajang dekat sini dan beberapa kawasan di sekitar daerah itu pada petang Rabu menyebabkan berlaku banjir kilat.

Hujan hampir tiga jam itu bermula kira-kira 2 petang, mengakibatkan paras air di Sungai Jelok melimpah dan longkang tersumbat.

"Antara kawasan yang dilanda banjir kilat ialah Taman Jasmin dan Saujana Impian," kata Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamad Sani Harul ketika dihubungi.

"Air dikatakan naik sehingga ke paras pinggang namun banjir kilat ini kembali surut kira-kira 6.30 petang tadi," kata beliau.

Keadaan banjir kilat di sekitar pusat bandar di Kajang.

Banjir itu menyebabkan beberapa kedai mengalami kerosakan dan beberapa kenderaan terperangkap.

Mohamad Sani berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu oleh orang awam kira-kira 2.47 petang.

Katanya, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dan Bangi bergegas ke lokasi kejadian.

"Kami turut dibantu oleh anggota polis dan skuad penyelamat Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) untuk menjalankan operasi menyelamat mangsa yang terperangkap dalam banjir itu," katanya.

Mohamad Sani berkata, setakat ini tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.

Banjir Kilat, Kajang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain