suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Sibu Lumpuhkan Sindiket, Rampas Balak RM500,000

SIBU: Seperti tumbangnya sebatang pohon gergasi di tengah belantara, begitu jugalah nasib yang dialami satu sindiket mencuri balak apabila polis merampas balak dan jentera berat bernilai kira-kira RM500,000.

Polis mencapai kejayaan itu dalam serbuan pada kira-kira 1.30 tengah hari di dua kolam balak berhampiran Km35 Jalan Sibu/Bintulu di sini, Selasa.

Tiga pekerja ditahan bagi membantu sisatan apabila mereka gagal menunjukkan permit kerja daripada Jabatan Perhutanan Negeri.

Pasukan yang melakukan serbuan itu dianggotai tiga pegawai dan sembilan anggota daripada Batalion Ke-10 Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkalan di Kem Lanang.

Asisten Superintendan Juvrinh Adrian Labungan, yang mengetuai serbuan itu, berkata dalam serbuan di kolam balak pertama, 60 balak pelbagai saiz dan spesies serta sebuah jentera pengorek dan sebuah traktor, dirampas.

"Tiada satu pun balak berkenaan mempunyai tag rasmi mandatori daripada Jabatan Perhutanan Negeri.

"Dalam serbuan selepas itu di sebuah lagi kolam balak berhampiran, pasukan PGA menjumpai 90 balak, juga yang tidak mempunyai tag.

"Di sini, kami menahan tiga pekerja apabila mereka gagal menunjukkan permit kerja daripada Jabatan Perhutanan Negeri," katanya kepada pemberita di sini ini.

Beliau berkata, balak dan jentera berkenanan diserah kepada Jabatan Perhutanan Negeri untuk memudahkan siasatan mengikut Seksyen 85(1) Ordinan Perhutanan Sarawak.

balak, Sibu, Kem Lanang

Artikel Sebelum

Artikel Lain