suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjenamaan Semula Laman Web 1Malaysia Untuk Manfaat Rakyat - Shahidan

Shahidan Kassim.
KUALA LUMPUR: Laman web 1Malaysia.com.my telah dijenamakan semula menjadi platform untuk menyemai konsep Gagasan 1Malaysia (G1M) dalam kalangan rakyat, Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata sewaktu dilancarkan pada 2008, laman web itu mempunyai dwifungsi iaitu sebagai blog peribadi Perdana Menteri, dan laman komuniti bertemakan G1M. 

"Setelah lima tahun berlalu, laman web 1Malaysia telah diberi nafas baharu sebagai laman web komuniti yang fokus kepada usaha menggalakkan interaksi dan perpaduan, termasuk menyemai konsep penerimaan dan toleransi antara semua rakyat seiring dengan konsep G1M.

"Laman web najibrazak.com pula lebih kepada blog peribadi yang berkongsi catatan blog Perdana Menteri, teks ucapan, informasi dan juga perbincangan polisi kerajaan," katanya ketika menjawab soalan G.Manivanan (PKR-Kapar) yang ingin tahu rasional laman web baharu www.majibrazak.com menggantikan www.1malaysia.com.my.

Shahidan berkata semua kandungan peribadi Perdana Menteri yang sebelum ini berada dalam laman web www.1malaysia.com.my telah dipindahkan ke laman www.najibrazak.com.

Menteri itu menegaskan kerajaan memandang serius peranan internet sebagai medan komunikasi dan penyampaian informasi yang betul, berkesan dan terkini kepada rakyat Malaysia.

"Sehubungan itu, laman 1Malaysia sesuai dijadikan platform untuk menggalakkan pelbagai penglibatan rakyat secara langsung dalam pembentukan polisi kerajaan," katanya.

Artikel Lain