suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jawi Berjaya Dekati 2,000 LGBT Sejak 2005

KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 daripada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di ibu negara berjaya didekati Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sejak 2005, kata Pengarahnya Paimuzi Yahya.

Beliau berkata, ia berikutan kejayaan beberapa program dilaksanakan JAWI sejak sembilan tahun lepas itu, yang antaranya melibatkan kelas pengajian al-Quran, fardhu ain, khidmat nasihat, dialog, seminar pemantapan akhlak, program motivasi, bengkel, usrah dan dakwah.

"Selain itu, media dalam talian seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp turut dijadikan medium perkongsian ilmu, program dan aktiviti, kemusykilan agama serta rujukan bersama golongan ini.

"Hasil dari program tersebut, sebahagian besar mereka telah berubah dan kembali menghayati kehidupan Muslim yang normal," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Beliau berkata sebahagian golongan itu yang telah insaf turut terlibat secara aktif bersama JAWI dalam mempergiatkan dakwah dalam kalangan komuniti ini dan mempunyai kesedaran untuk melebarkan sayap dakwah kepada golongan sasaran berkenaan.

Selain itu, katanya ketika penganjuran Majlis Perundingan Islam: Hak Asasi Manusia, Orientasi Seksual dan Identiti Jantina yang diadakan di Komples Pusat Islam pada 23 dan 24 Jun 2011, turut memutuskan individu transgender yang diiktiraf bersama oleh Syariah dan pakar perubatan sahaja boleh diterima sebagai mengalami masalah perubatan yang tulen.

"JAWI amat mengalu-alukan jalinan kerjasama dan penyertaan daripada agensi dan individu dalam menguruskan isu kecelaruan jantina serta bersedia memberi bimbingan berterusan kepada golongan ini," katanya.

Artikel Lain