suria

Najib Sertai Pertemuan Produktif Di Luar Sidang Kemuncak APEC

Najib (kiri) mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping sebelum bermulanya sidang APEC yang bermula Isnin.
BEIJING: Mesyuarat ke-22 Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec), bermula Isnin di sini dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan siri pertemuan yang produktif di luar acara sidang kemuncak itu.


Mesyuarat dua hala, antara lain, termasuk memperkukuh hubungan dengan China dan Rusia selain meneroka idea baharu dan inovatif bagi meningkatkan lagi kerjasama dalam kalangan ekonomi Apec.

AELM bertema 'Mencorakkan Masa Depan menerusi Kerjasama Asia Pasifik', akan dipengerusikan Presiden China, Xi Jinping.

Najib yang juga Menteri Kewangan, memulakan hari ini dengan mengadakan pertemuan dua hala dengan Xi, diikuti pertemuan dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, C Y Leung dan Perdana Menteri China Li Keqiang.

Pertemuan dengan Xi dan Li dianggap paling penting dengan ketiga-tiga pemimpin itu memanfaatkan peluang ini untuk bertukar-tukar idea mengenai isu-isu dua hala dan berkepentingan bersama.

Malaysia dan China menyambut ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik, dengan Najib melawat China pada Mei lepas.

Pertemuan Najib dengan Xi dan Li adalah yang kedua dalam tempoh beberapa bulan ini.

Pada sebelah petang, perdana menteri akan mengadakan pertemuan dengan dua ketua kerajaan - Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Perdana Menteri, New Zealand John Key.

AELM yang berlangsung selama dua hari dan dihadiri Ketua-ketua Kerajaan dari 21 anggota ekonomi Lingkaran Pasifik, akan memain peranan penting dalam mempromosi perdagangan di Asia Pasifik.


APEC, Xi Jinping, AELM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain