suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden PMUM Antara Lapan Mahasiswa Ditahan Cuba Anjur Ceramah Umum

Fahmi Zainol (dua kanan) antara lapan mahasiswa yang ditahan selepas mengadakan ceramah umum di Kota Kinabalu. -foto Facebook Fahmi Zainol

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol antara lapan mahasiswa yang ditahan selepas mengadakan ceramah umum di pasar ria Jalan Gaya di sini.

Difahamkan, pihak polis menahan kumpulan mahasiswa berkenaan pada tengah hari, Ahad.

Fahmi sendiri turut memuat naik gambar dia dan tujuh lagi mahasiswa lain di laman Facebook dan Twitter miliknya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra mengesahkan mengenai penahanan berkenaan.

"Penahanan mereka bagi membolehkan pihak polis merekod keterangan dan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perbuatan mereka," katanya ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Difahamkan, pelajar berkenaan dijangka menghadisi perhimpunan yang akan diadakan di Universiti Sabah (UMS) pada Ahad.

Sebelum ini Fahmi turut dihadapkan ke Lembaga Tatatertib UM dan didakwa atas sembilan pertuduhan kerana terlibat dalam perhimpunan haram sempena pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dataran Tunku Canselor UM pada 27 Oktober lalu.

ceramah umum, universiti, UMS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain