suria

Audit: Kenderaan Singapura Tidak Bayar Saman

Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 mendedahkan bahawa kenderaan daripada Singapura mencatat jumlah tertinggi saman yang tidak dibayar.

Laporan itu berkata sebanyak 16.3 juta saman dikeluarkan polis trafik bagi tempoh 2011-2013, dan daripada jumlah itu 121,664 saman dikeluarkan kepada bukan warganegara.

"Jumlah pengeluaran saman tertinggi adalah kepada warganegara Singapura (84,604 saman) dan Brunei (25,803 saman)," kata laporan itu.

Daripada 121,664 saman itu, hanya 12,713 saman diselesaikan dan anggaran penyelesaian saman yang akan diperoleh daripada jumlah tunggakan saman itu ialah RM7.63 juta.

Manakala bagi saman warganegara ini sebanyak 6.7 juta saman telah diselesaikan dalam tempoh 2011-2013 yang bernilai RM1.24 bilion, menurut laporan itu.

"Maklum balas yang diterima melalui borang soal selidik mendapati pelanggan/ orang awam berpuas hati dengan pekhidmatan kaunter Trafik Cops, persekitaran dan tempoh berurusan," kata laporan itu sambil mengesyorkan beberapa lagi cadangan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan saman polis.
Audit Negara, Saman

Artikel Sebelum

Artikel Lain