suria

MH17: Malaysia Bakal Sertai Pasukan Penyiasat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut ketibaan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte di perkarangan Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Rabu. Beliau diraikan dalam Istiadat Sambutan Rasmi dan kemudian memeriksa barisan kawalan kehormat terdiri daripada 106 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dalam lawatan sehari ke Malaysia. -Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia akan dilantik sebagai ahli penuh dalam kumpulan penyiasat mengenai MH17 yang akan diketuai oleh Belanda, Perdana Menteri Malaysia dan Belanda mengumumkan perkara tersebut pada Rabu. 

Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatnya dari Belanda, Mark Rutte yang kini berada dalam rangka lawatan sehari di negara ini berkata kedua-dua negara menyedari kepentingan Malaysia dalam pasukan penyiasat tersebut.

"Saya ingin menyatakan seramai 43 orang yang meninggal dunia dalam nahas MH17 merupakan rakyat Malaysia, jadi adalah satu perkara yang sangat logik untuk Malaysia terlibat (dalam penyiasatan tersebut)," kata Rutte dalam sidang media bersama yang diadakan di sini. 

Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Duta Malaysia di Belanda mengenai mengapa Malaysia masih tidak terlibat dalam pasukan penyiasat mengenai nahas MH17. 

Najib turut memberikan ulasan mengenai kenyataan Rutte, sambil berkata beliau menjangkakan 'perkembangan yang lebih bermakna' dalam tempoh beberapa hari dengan penglibatan Malaysia dalam pasukan penyiasat berkenaan. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain