suria

PDRM Mahu Tambah Baik SOP Permohonan Lesen, Penguatkuasaan Senjata Api

Mohamad Fuzi Harun.
JOHOR BARU: Pihak polis kini dalam proses menambah baik prosedur operasi standard (SOP) permohonan lesen memiliki senjata api yang semakin meningkat.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata menerusi proses sedia ada, pihaknya sering berhadapan rungutan daripada syarikat keselamatan atau individu yang mendakwa proses permohonan mengambil masa yang lama.

"Oleh itu kita akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan isu ini dan isu sampingan lain termasuk permohonan syarikat keselamatan mengenai 'bawa dan guna' senjata api," katanya kepada pemberita di sini Jumaat selepas merasmikan Persidangan Pegawai-Pegawai Lesen Senjata Api Bukit Aman dan Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM berkata persidangan itu dapat menghasilkan SOP lengkap dan jelas termasuk bagi tujuan penguatkuasaan.

Tahun ini pegawai pelesenan senjata di seluruh negara mencecah lebih 900 orang bagi penguatkuasaan dan pematuhan penggunaan senjata api oleh syarikat keselamatan dan individu.

Mohamad Fuzi berkata permohonan senjata api dari syarikat keselamatan semakin meningkat.

Kini terdapat lebih 700 syarikat keselamatan swasta atau berkaitan kerajaan di seluruh negara.
Mohamad Fuzi Harun, SOP, senjata api

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain