suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Puting Beliung Landa Alor Setar

Fenomena puting beliung yang berjaya dirakamkan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ALor Setar petang Jumaat.
ALOR SETAR: Beberapa buah rumah di Kampung Batin di Mergong dan Taman Inang di Kuala Sungai di sini rosak dalam kejadian puting beliung petang Jumaat.

Kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang itu menerbangkan bumbung beberapa buah rumah dan turut menyebabkan kerosakan teruk kepada rumah-rumah terlibat.

Kejadian dipercayai berlaku dalam tempoh 10 minit ketika hujan lebat.

Ketika ini jumlah rumah dan mangsa yang terlibat masih belum dikenal pasti.

[ Type in your image caption here ]


Usaha membantu mangsa sedang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain.

Seorang mangsa, Mohd Saad Mad Isa berkata ketika kejadian dia berada di dalam rumahnya apabila terdengar bunyi bising dari atas bumbung rumahnya.

"Masa itu saya dengar bunyi zink dan bila saya tengok di luar rumah, saya nampak zink bumbung rumah saya terangkat. Saya tengok rumah jiran saya pun bumbung rumahnya terangkat," katanya. 

puting beliung, Alor Setar

Artikel Berikut

Artikel Lain