suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Maut, Tiga Cedera Parah Kemalangan Di Machang

KOTA BAHARU: Seorang maut, manakala tiga parah dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas dan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 40, Jalan Lama Kota Baharu-Kuala Krai, dekat Machang tengah malam Khamis.


Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, kenderaan yang di pandu Zamzuri Haron, 45 berlanggar dengan sebuah bas yang datang dari arah Pasir Puteh.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan  Kamal Azural Mohamed berkata, Zamzuri meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Machang.

"Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan rusuk manakala tiga penumpang dalam kereta berkenaan cedera parah.

"Isteri mangsa, Noor Asiah Ali, 44, serta dua anaknya iaitu Siti Mariani, 19, dan Siti Nursofia Dayana, 12, cedera parah manakala seorang lagi anaknya, Muhammad Nur Irfan Haziq, 15, hanya mengalami cedera ringan dan sedang di rawat di Hospital Machang," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lampu isyarat di simpang empat berkenaan tidak berfungsi dan keadaan di tempat kejadian juga gelap.

"Bas berkenaan telah melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah Kota Baharu ketika melalui lampu isyarat.

"Kesemua penumpang serta pemandu bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan," 

 

Artikel Lain