suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengasuh Didakwa Ikat Kanak-Kanak Lelaki Dihadapkan Ke Mahkamah Esok

Keadaan kanak-kanak lelaki yang ditemui ibunya dalam keadaan tangan diikat oleh pengasuh.
BUTTERWORTH: Pengasuh berusia 39 tahun yang didakwa mengikat seorang kanak-kanak lelaki dan membiarkannya terbaring di atas lantai di rumah wanita terbabit akan dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata siasatan telah dikumpul dan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan.

Pada Selasa, seorang pekerja kilang berusia 38 tahun mendapati anaknya yang berusia tiga tahun diikat dan terbaring di atas lantai semasa dia membuat pemeriksaan mengejut di rumah pengasuh terbabit di Taman Seri Pinang di sini.

Pekerja kilang yang menghantar anak lelakinya ke rumah pengasuh itu sejak Jun tahun lalu menyedari anaknya sentiasa keletihan dan lapar setiap kali diambil pulang.

Kes itu disiasat dibawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

pengasuh, kanak-kanak, mahkamah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiada Tanah Mendap Di KLIA2

Artikel Lain