suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muhdalena Wanita Kes Amuk Di Putrajaya Lari Dari HSA

Muhdalena (kanan) dimasukkan ke Hospital Permai atas perintah Mahkamah Putrajaya.

JOHOR BAHARU: Muhdalena Ahmad, wanita yang terlibat dengan kejadian amuk di depan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dua tahun lepas, melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada Khamis.

Muhdalena, 30, yang dimasukkan ke HSA pada Ahad lepas kerana bersalin,didapati hilang dari hospital itu pada kira-kira 9 pagi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan dalam kenyataan disini berkata polis giat mencari Muhdalena, yang merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi.

Suspek pernah dituduh di Mahkamah Putrajaya, Kuala Lumpur mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.

Pada akhir perbicaraan, suspek dimasukkan ke Hospital Permai atas perintah Mahkamah Putrajaya mengikut Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) demi penjagaan selamat orang yang dibebaskan.

Hasnan berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihakpolis di talian 07-2212999.

muhdalena, amuk, putrajaya

Artikel Lain