suria

Kerajaan Diminta Tingkatkan Penguasaan Di Kuala Sepetang

Kelihatan aktiviti pelancongan dapat dirakamkan dari Jeti Awam Kuala Sepetang.

TAIPING: Kerajaan diminta meningkatkan penguatkuasaan bagi memantapkan kawalan keselamatan di perkampungan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Kuala Sangga, yang didakwa dikuasai kumpulan mafia untuk melakukan pelbagai kegiatan jenayah.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed AbdulFasal berkata sesuatu tindakan sukar dilakukan dengan segera sekiranya kekurangan aset dan anggota penguatkuasa.

"Walaupun kegiatan ekonomi bertambah baik dan pelancong sering datang ke Kuala Sepetang, apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini di satu-satu kawasan, orang ramai khususnya penduduk berasa terancam.

"Sebelum ini, memang ada aduan secara lisan daripada penduduk setempat bila kita adakan lawatan ke kawasan berkenaan yang pernah melihat kegiatan membawa barang-barang seludup," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar yangmendakwa kawasan berkenaan dikuasai kumpulan mafia yang melakukan kegiatan jenayah seperti perjudian, pengedaran dadah, penyeludupan senjata, pelacuran serta menceroboh tanah kerajaan. 

Syed Abu Hussin Hafiz berkata sebagai pemimpin masyarakat, beliau pernah meminta penduduk melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan jenayah dikawasan itu.

"Ada yang mengadu mereka ternampak kegiatan ini berlaku ketika kawasan itu dalam keadaan lengang atau hujan lebat. Bila saya minta buat laporan polis, (penduduk) tidak berani kerana mereka takut akan diancam," katanya.

Sambil mengakui kadar statistik jenayah di kawasan berkenaan menurun, beliau bagaimanapun bimbang jika kegiatan itu tidak dapat dibendung.

kuala sepetang, mafia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain