suria

Operasi Jejak MH370 Jadi Keutamaan - Hishammuddin

Hishammuddin berbual dengan kru Go Pheonix.
PERTH: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan bahawa mangsa nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 tidak akan dilupakan.

Beliau berkata, Malaysia komited dalam menjejaki pesawat yang hilang itu.

"Apa yang boleh dilakukan untuk mencari pesawat itu telah dilakukan setakat ini. Mencari serpihan pesawat MH370 adalah keutamaan kami," katanya.

Beliau berkata ketika berucap pada majlis pelancaran kapal Go Pheonix di sini, Rabu.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang dari radar sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 12.41 pagi, 8 Mac lalu.

Ia dijadualkan tiba di Beijing pada pukul 6.30 petang hari yang sama.

Pesawat jenis Boeing 777 itu masih belum ditemui selepas pencarian di dasar laut dilakukan di selatan Lautan Hindi, lokasi terakhir pesawat tersebut dikesan.

Go Phoenix adalah sebuah kapal yang digunakan untuk menjejaki pesawat tersebut yang dibiayai oleh Petronas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain