suria

PKNS Tidak Terima Laporan Salah Laku Azmin Ali

Mohamed Azmin Ali.
SHAH ALAM:Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Rabu menegaskan pihaknya tidak pernah menerima sebarang laporan mengenai salah laku rasuah terhadap Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. 

Pengurus Perhubungan Awam PKNS Ishak Hashim dalam satu kenyataan berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga berhak membuat siasatan malah PKNS bersedia memberi kerjasama.

Beliau berkata demikian bagi merujuk laporan media berkaitan dakwaan salah laku rasuah ketika Azmin memegang jawatan sebagai Anggota Perbadanan PKNS. 

Ishak berkata PKNS merupakan organisasi yang mengamalkan tadbir urus korporat terbaik dan merupakan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri pertama menandatangani Ikrar Integriti Korporat seperti yang dilaksanakan syarikat dan agensi kerajaan.

Baru-baru ini beberapa media tempatan melaporkan SPRM menyiasat Azmin berhubung dakwaan salah guna dana semasa memegang jawatan tersebut.

Tuduhan penyalahgunaan dana itu dikatakan berlaku dalam satu urusniaga melibatkan Projek Pembangunan PJ Sentral.

Azmin Ali, PKNS, SPRM, rasuah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain