suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah Runtuh Bukit Beruntung: Penduduk Terjejas Dibantu, Dipantau JKM

HULU SELANGOR: Hampir 600 keluarga telah dipindahkan ke tiga buah sekolah berhampiran Flat Titiwangsa berikutan kejadian tanah runtuh pada Isnin.

Mereka, yang merupakan penyewa blok K dan L, telah dipindahkan ke SK Bunga Raya 1, SK Bunga Raya 2 dan SMK Bunga Raya.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), SK Bunga Raya 2 menerima penyewa paling ramai dengan jumlah 337 orang daripada 91 keluarga.

SK Villa 1 dan SMK Bunga Raya masing-masing mempunyai 124 dan 111 orang.

Ketiga-tiga buah sekolah telah ditutup untuk tiga hari berikutnya.

Keluarga yang terbabit didaftar dan dipantau oleh JKM telah dibantu dengan kemudahan seperti selimut dan bantal di samping makanan dan minuman sepanjang hari.

JKM, dengan bantuan wakil-wakil Umno tempatan, menganjurkan aktiviti untuk kanak-kanak bagi memastikan mereka tidak berkeliaran atau bimbang tentang rumah mereka.

Presiden Umno Gugusan Taman Bunga Raya Aminah Abdul Manaf berkata, beberapa permainan dan aktiviti lain diadakan untuk membantu kanak-kanak melupakan kejadian itu.

"Mereka hanya kanak-kanak. Kami mahu mengalihkan perhatian mereka.

"Ia juga akan meringankan beban orang tua mereka yang perlu berfikir tentang rumah," katanya.

Aminah berkata dia sedang berusaha untuk mencari penaja untuk mendapatkan hadiah untuk kanak-kanak.
tanah runtuh, Bukit Beruntung, JKM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain