suria

Saksikan Persiapan Akhir Sambutan Deepavali

TIGA hari sahaja lagi, penganut agama Hindu akan menyambut Deepavali atau 'pesta cahaya'.

Deepavali bermaksud sebarisan pelita. 

Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

Dalam tempoh yang singkat itu, Little India di Brickfields, Kuala Lumpur menjadi salah satu lokasi yang menjadi tumpuan mereka yang gemar membeli-belah saat akhir.

Pelbagai barang keperluan boleh didapati di sana antaranya, pakaian, aksesori, hiasan rumah dan kuih-muih.

Malah, ada pengunjung yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk membeli-belah saat akhir di Little India.

Kehadiran perayaan ini bukan sahaja membuka ruang kepada sanak-saudara untuk merapatkan hubungan, malah kunjungan rakan berlainan bangsa dan agama juga dialu-alukan.

Mereka percaya pesta cahaya mampu membawa perubahan ke arah kebaikan dan menjauhi kejahatan.

Ikuti tinjauan mStar Online sempena persiapan Deepavali di Little India pada Isnin.

Deepavali, pesta cahaya

Artikel Lain