suria

Warga Indonesia Maut Dalam Pergaduhan Dengan Rakan Senegara

KUANTAN: Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas terbabit dalam kes pergaduhan di sebuah rumah kongsi dekat KPTM 5 Jalan Kuantan- Gambang pada Jumaat malam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata pekerja buruh binaan itu yang dikenali sebagai Sairah, 39, didatangi sekumpulan lelaki juga dipercayai warganegara Indonesia dengan menaiki empat kenderaan pada pukul 8 malam.

"Dalam pergaduhan itu dipercayai mangsa diserang dengan tukul di lehernya mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri.

Melihat keadaan mangsa yang tidak bergerak itu kesemua suspek melarikan diri," katanya kepada Bernama pada Sabtu. 

Beliau berkata, mangsa disahkan mati 20 minit kemudian.

Kata Abdul Aziz, pada masa yang sama rakan mangsa kemudiannya bertindak menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian.

Tambah beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat. 

Warga Indonesia, bergaduh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain