suria

Laluan Lebuh Raya Sprint Ditutup Mulai Malam Rabu

KUALA LUMPUR: Lebuh Raya Sprint (arah KL) dari Persimpangan Bertingkat Kiara ke simpang Jalan Setiapuspa (dekat Restoran Victoria Station) akan ditutup selama dua malam bermula Rabu ini.

Menurut kenyataan MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd pada Isnin, penutupan jalan itu bermula dari 9 malam hingga 6 pagi bertujuan memudahkan kerja pembinaan portal di median Lebuh Raya Sprint.

Ekoran penutupan itu, aliran kontra akan dilaksanakan bagi pengguna dari Petaling Jaya ke Kuala Lumpur dengan pengguna dilencongkan ke jalan bertentangan.

Pengguna dari pusat bandar raya ke Petaling Jaya akan dilencongkan ke jalan bebas tol menuju  Jalan Datuk Abu Bakar dan Petaling Jaya.

Sementara itu, pengguna dari Mont Kiara menuju ke pusat bandar raya akan dilencongkan ke jalan bebas tol di arah Petaling Jaya.

Pengguna dari Kuala Lumpur menuju ke Mont Kiara dan Jalan Setiapuspa menuju ke pusat bandar raya tidak terjejas dengan aliran itu.

Sprint, MRT

Artikel Berikut

Bapa MB Perak Meninggal Dunia

Artikel Lain