suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mat Razi Angkat Sumpah Sebagai Adun Pengkalan Kubor

Mat Razi Mat Ail.
KOTA BARU: Mat Razi Mat Ail, 49, yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Kelantan pada 25 September lalu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baharu sebentar tadi.

Majlis angkat sumpah diadakan sebelum bermulanya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di hadapan Speaker, Datuk Abdullah Yaakub.

Mat Razi Mat Ail memperoleh sejumlah 9,961 undi sekali gus membantu Barisan Nasional mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kubor yang dikuasai sejak tiga penggal berturut-turut.

Pencabarnya, Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS mendapat 7,326 undi dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 38 undi.

Pada PRK kali ini, jumlah majoriti BN meningkat sebanyak 2,635 undi berbanding 1,736 undi pada PRU-13.


Artikel Berikut

Anak Tiri Dipeluk Jasad Bapa

Artikel Lain