suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Polis Maut Dihempap Pokok Disemadi Di Kampung Halaman

Pondok yang remuk akibat dihempap pokok tumbang yang mengorbankan dua anggota polis pada Ahad.
KUALA LUMPUR: Jenazah dua anggota polis yang maut dalam kejadian pokok tumbang, di sini malam tadi, akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, kedua-dua jenazah dibawa ke Masjid Bukit Aman di sini kira-kira 10.15 pagi untuk dimandikan dan solat jenazah yang akan diadakan sebelum solat Zuhur.

"Jenazah Allahyarham Koperal Dzulkhairi Ahmad, 48, akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kerinchi, Desa Aman, di sini.

"Jenazah Allahyarham Konstabel Mohd Sharil Hisham Hashamdi, 25, akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk diterbangkan ke Tambunan, Sabah dan dijangka sampai kira-kira jam 4 petang hari ini (Isnin)," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, keputusan laporan bedah siasat terhadap kedua-dua anggota polis itu mendapati punca kematian adalah akibat sesak nafas.

Malam tadi semasa hujan lebat melanda ibu negara, dua anggota polis itu maut setelah sebatang pokok besar tumbang lalu menghempap mereka ketika berada di dalam sebuah kontena yang dijadikan tempat simpanan barang kes di Jalan Bellfield, Kampung Attap, di sini.

Mohd Sharil Hisham meninggal dunia di tempat kejadian manakala Dzulkhairi ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur.



 

polis, pokok, Desa Aman, Masjid Bukit Aman

Artikel Berikut

Artikel Lain