suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Utusan Mohon Maaf Siar Cerita Paderi Peluk Islam

PETALING JAYA: Utusan Malaysia telah menyiarkan permohonan maaf secara terbuka di laman webnya berhubung cerita palsu mengenai seorang paderi Katolik yang memeluk agama Islam selepas sedar dari koma.


"Laporan yang dipetik dari laman web World News Daily Report mengenai seorang paderi Katolik, Eduardo Vincenzo Maria Gomez, 87, dari Sepanyol memeluk Islam selepas 17 bulan koma, pada Ahad, adalah tidak benar.

"Utusan memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kekeliruan berikutan penyiaran berita yang berpunca daripada laman web itu," siar akhbar harian itu di laman webnya, Ahad.

Artikel Lain