suria

Tiga Loji Air Ditutup Akibat Pencemaran Bendalir Hidraulik

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menutup tiga loji rawatan utamanya berikut pencemaran pada bendalir hidraulik di sungai.


Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred Dharan dalam kenyataan di sini hari ini berkata loji rawatan ditutup sejak 8 malam, semalam dan menjejaskan pengagihan bekalan air di sekitar Lembah Klang dan Shah Alam.

"Akibat kerugian pada pengeluaran malam tadi yang berjumlah 1,350 juta liter sehari (MLD), pemulihan bagi kawasan yang terjejas akan mengambil tempoh beberapa hari. Tangki-tangki air akan digerakkan untuk membekalkan air ke kawasan yang terjejas sehingga bekalan air kembali pulih.

"Lembaga Urus Air Selangor (Luas) sedang menyiasat punca pencemaran," menurutnya.


loji, hidraulik, Syabas

Artikel Berikut

Artikel Lain