suria

BN Tetap Bela Nasib Kaum Siam Di Kelantan - Najib

Najib mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk pembinaan dewan komuniti masyarakat Siam sewaktu bertemu masyarakat itu sempena lawatan kerja sehari ke negeri ini di Wat Machimmaram di sini, Sabtu.
TUMPAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan masyarakat minoriti Siam di Kelantan akan terus dibela berikutan sokongan padu yang diberi kepada Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama.


Beliau menarik perhatian bahawa sokongan masyarakat Siam kepada BN pada pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor 25 September lalu membuktikan mereka tetap setia kepada kerajaan BN.

"Antara faktor kemenangan BN di Pengkalan Kubor adalah sokongan luar biasa masyarakat Siam, kita akan terus bantu masyarakat Siam di sini dan tempat lain di Kelantan," katanya dalam ucapan di hadapan kira-kira 2,000 anggota masyarakat Siam di sini Sabtu.

Najib berkata, sebagai tanda penghargaan atas sokongan masyarakat Siam, kerajaan BN meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pembinaan dewan komuniti untuk komuniti itu di Pengkalan Kubor.

Menurut beliau, sebagai menghargai sokongan dan jasa masyarakat Siam di Kelantan, beliau akan datang semula ke negeri itu untuk meraikan mereka pada satu majlis khas.

Terdapat kira-kira 25,000 anggota masyarakat Siam di Kelantan serta 1,728 pengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor.

Daripada jumlah itu, 90 peratus pengundi menyokong BN pada PRK Pengkalan Kubor.

Dalam PRK itu, BN yang diwakili Mat Razi Mat Ail mengekalkan kerusi DU Nberkenaan dengan majoriti 2,635 undi mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

BN, Siam, Kelantan, Pengkalan Kubor

Artikel Lain