suria

Bajet: Selangor Cadang Tambah 50 Peratus Peruntukan Pembangunan

Azmin Ali
KUALA LANGAT: Kerajaan Selangor bercadang menambah hampir 50 peratus peruntukan perbelanjaan pembangunan di negeri itu dalam rangka Bajet 2015 yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan depan.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata pertambahan tersebut dilihat signifikan dalam usaha menjana pertumbuhan ekonomi seterusnya mengurangkan kos operasi dan perbelanjaan mengurus kerajaan negeri.

"Kita akan memperkenalkan satu dasar ekonomi dan pembangunan yang lebih adil serta menyeluruh yang mana belanja mengurus akan diturunkan dan belanja pembangunan ditingkatkan hampir 50 peratus.

"Ini akan dibentangkan pada persidangan DUN akan datang...secara prinsipal kita bersetuju kenaikan gaji MB (Menteri Besar), speaker dan timbalan speaker juga harus dikaji semula," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas menghadiri perhimpunan pagi jabatan-jabatan kerajaan negeri di Dewan Sri Jugra, Banting di sini.

Artikel Lain