suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letupan: Mayat Joki Kelab Malam Dijangka Dituntut Hari Ini

Unit Pemusnah Bom memusnahkan bom tangan di lokasi kejadian letupan di Bukit Bintang, Khamis.
KUALA LUMPUR: Anggota keluarga mendiang Tong Kwong Yie yang maut dalam serangan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex, Bukit Bintang semalam, dijangka menuntut mayatnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, Jumaat.


Tinjauan Bernama di sekitar Institut Perubatan Forensik Negara di HKL di sini, mendapati anggota keluarga Tong, 36, masih menunggu di sana sejak 10 pagi tadi.

Bagaimanapun, media tidak dibenarkan memasuki perkarangan bilik mayat HKL dan diminta menunggu di bahagian luar.

Proses bedah siasat dijangka diselesaikan hari ini, namun anggota keluarga enggan ditemu bual media.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat mahupun suspek dikenal pasti.

"Polis masih menjalankan siasatan terperinci," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, jurucakap HKL berkata, empat mangsa iaitu seorang warga tempatan dan tiga warga asing kini dirawat sebagai pesakit luar.

Semalam, seorang pekerja joki kereta maut dan 12 lagi cedera termasuk pelancong asing, dalam serangan bom tangan dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex, Bukit Bintang.

Ia dipercayai kejadian serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini.

Sehingga kini, mangsa yang cedera merupakan enam rakyat tempatan, seorang lelaki warga Thailand, seorang lelaki rakyat Singapura dan empat wanita dari China. 


letupan, Bukit Bintang, HKL, waris

Artikel Sebelum

Artikel Lain