suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Marin Tahan 5 Pati Cuba Masuk Ke Malaysia

Polis Marin.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan lima pendatang asing tanpa izin untuk masuk ke negara ini selepas menahan sebuah bot pam di perairan Salakan dekat sini, Rabu.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata pasukan peronda PPM Semporna menahan bot itu pada 8.10 pagi dan ketika diperiksa, lima penumpang di dalam bot itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Mereka terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berumur antara lapan dan 41 tahun, katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Katanya, berdasarkan gaya bahasa yang digunakan, pihaknya percaya suspek berkenaan pernah menetap di daerah Semporna sebelum ini dan kesemua mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

polis marin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain