suria

Laporan Polis Terhadap Saya Bersifat Jahat - Latheefa

Latheefa
PETALING JAYA: Penasihat undang-undang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Latheefa Koya berkata laporan polis yang dibuat oleh Pemuda Umno Kinabatangan yang mendakwa beliau membuat ancaman bunuh terhadap ahli Parlimen Kinabatangan adalah adalah palsu dan bersifat jahat. 

"Saya merujuk kepada laporan berita mengenai laporan polis yang dibuat oleh ahli-ahli Umno di Kinabatangan berhubung apa yang dipanggil 'ancaman mati' oleh saya terhadap Bung Mokhtar Radin. 

"Saya ingin menyatakan bahawa tidak ada sebab untuk saya membuat ancaman seperti itu kepada Bung Mukhtar dan tweet saya tidak boleh ditafsirkan sebagai ancaman kematian oleh mana-mana imaginasi," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Kumpulan itu membuat laporan polis terhadap Latheefa, yang juga seorang peguam hak asasi manusia terkemuka kerana didakwa membuat ancaman bunuh terhadap ahli Parlimen mereka, Datuk Bung Mokhtar Radin, Rabu.

Laporan itu, yang telah dibuat oleh ketua mereka Aksyah Nasrah, menunjukkan bahawa Latheefa telah merujuk kepada Bung sebagai 'Kebinatangan' dan bukannya Kinabatangan, yang merupakan kawasan Parlimennya.

Dia mendapati laporan polis yang dibuat bukan sahaja palsu tetapi juga bersifat jahat yang dirancang oleh ahli-ahli Umno untuk menakut-nakutkan dan juga untuk memberi tekanan kepada pihak polis bagi mengambil tindakan walaupun tidak terdapat kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Latheefa juga menambah bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus membuat tuduhan palsu ke atas beliau.

Pada Selasa, Bung dan Latheefa bertekak di Twitter berikutan kenyataan Bung di Parlimen yang menggesa agar semua yang membantah Akta Hasutan didakwa di bawah Akta tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain