Saman RM50 Juta: Anwar Nafi Liwat Saiful - Semasa | mStar

Saman RM50 Juta: Anwar Nafi Liwat Saiful

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pernyataan pembelaannya pada Rabu menafikan beliau meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Anwar membuat penafian itu dalam pernyataan pembelaan yang diserahkan kepada Mahkamah Tinggi di sini oleh peguamnya Shahid Adli Kamarudin, pada pengurusan kes saman, yang difailkan Mohd Saiful pada 23 Jun lepas bagi menuntut ganti rugi RM50 juta berhubung kes liwatnya.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata dakwaan bahawa beliau meliwat Mohd Saiful adalah tidak benar kerana menurutnya kejadian liwat itu tidak pernah berlaku.

Anwar berkata ketika kejadian pada 26 Jun 2008, beliau hanya meminta satu sampul surat dihantar kepadanya ketika menghadiri mesyuarat di Damansara dan surat itu telah dihantar oleh Mohd Saiful kerana hanya beliau (Mohd Saiful) yang berada di pejabat Parti Keadilan Rakyat pada masa itu.

Beliau mendakwa laporan polis yang dibuat Mohd Saiful pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu berniat jahat dan mempunyai sebab yang tersembunyi untuk memburukkan dan merosakkan karier politiknya.

Media memperoleh pernyataan pembelaan itu daripada Shahid Adli pada pengurusan kes itu hari ini yang didengar di dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan dengan dihadiri peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful.

Zamri kemudiannya memberitahu pemberita, mahkamah menetapkan 18 November depan untuk pengurusan kes.

Mohd Saiful memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM50 juta selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh Anwar.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Saiful mendakwa Anwar menuduh laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.

Mohd Saiful juga mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar telah meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, di sini.

Mohd Saiful mendakwa beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan telah mengalami tekanan teruk akibat daripada fitnah dan kejadian liwat itu.

Sehubungan itu, Mohd Saiful memohon ganti rugi RM50 juta, ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Saiful Bukhari , Anwar Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain