suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kematian Guru Di Kundasang Dipercayai Dibunuh Suspek Dikenali

Orang ramai berkumpul di kawasan perumahan mangsa bunuh di Kundasang Jumaat lau.

KOTA KINABALU: Polis percaya kes kematian seorang guru sekolah rendah di Kundasang, Ranau, pada Jumaat lepas berpunca daripada rompakan dan samun oleh suspek yang dikenali mangsa. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya rumah mangsa dipecah masuk suspek yang dikenalinya sebelum membunuh mangsa.

Bagaimanapun motif sebenar kejadian masih disiasat, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan hari raya Aidiladha di Masjid Nur Islam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.35 pagi itu, Masinah Samadi, 50, ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian kepala dan badan di sebuah rumah berhampiran kuarters Sabah Electricity Sdn Bhd, Kundasang, Ranau. 

Mangsa ditemui terbaring dan berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan oleh suaminya yang baru pulang daripada kerja. 

bunuh, guru, kundasang

Artikel Lain