suria

Aliran Trafik Meningkat Di Lebuhraya Utara-Selatan

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan meningkat dan bergerak perlahan di beberapa tempat setakat 10.30 pagi Sabtu.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Expressways Bhd ketika dihubungi melaporkan aliran trafik mula perlahan dari Seremban ke Nilai, Sungai Buloh ke Rawang, Slim River ke Sungkai dan Bukit Tambun ke Juru.

"Kami percaya trafik akan meningkat sebelah petang berikutan orang ramai pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Ahad," katanya.

Katanya, aliran trafik di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) adalah lancar.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik mula perlahan dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah setakat pagi Sabtu dan dijangka meningkat pada sebelah petang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 atau talian LLM di 1800-88-7752.

Artikel Berikut

Artikel Lain