suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penarik Kereta Ditemui Mati Di JB

JOHOR BAHARU: Seorang penarik kereta berusia 32 tahun ditemui mati dalam keadaan tertiarap di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di tempat letak kenderaan Hospital Sultanah Aminah di sini awal pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Polis I Daerah Johor Baharu Selatan, Supritendan Abdul Wahib Musa berkata mangsa Asif Khan Ayob ditemui orang awam pada kira-kira pukul 1.40 pagi tadi.

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang berasal dari Pekan Nenas, Pontian itu dipercayai baru selesai menjalankan tugas menarik sebuah kenderaan yang gagal dibayar pemiliknya sebelum itu," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, mangsa ditemui berseorangan dan berpakaian lengkap di dalam kenderaan yang berkunci serta kesemua tingkap ditutup rapat.

Pihak polis katanya akan menyiasat dari semua sudut berhubung kematian lelaki itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubung pihak polis di talian hotline 07-2212999 atau pergi ke balai polis berdekatan mereka.

penarik kereta, mati mengejut

Artikel Sebelum

Artikel Lain