Azmin Nafi Dendam Terhadap Khalid - Semasa | mStar

Azmin Nafi Dendam Terhadap Khalid

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali merujuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'kawan' walaupun kerajaan negeri bertindak memotong peruntukan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi kawasan DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili bekas menteri besar itu.

"Beliau adalah kawan saya dan tidak ada dendam terhadap beliau. Tindakan memotong peruntukan yang diuruskan beliau adalah amalan pentadbiran negeri sebelum ini.

"Apabila (bekas wakil rakyat Pelabuhan Klang dan ahli PKR) Badrul (Hisham) dipecat pada tahun 2008, Tan Sri Khalid melakukan perkara yang sama.

"Bagaimanapun, mereka yang masih layak untuk menerima skim ini akan mendapat manfaatnya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada hari Khamis.

Mengenai penstrukturan semula air, Azmin berkata beliau akan menulis surat kepada Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan semua dokumen yang ditandatangani antara kedua-dua kerajaan didedahkan kepada rakyat.

"Pada masa ini semua dokumen termasuk MoU dilindungi oleh OSA (Akta Rahsia Rasmi)," katanya.

Artikel Sebelum

Peniaga Ikan Kena Samun RM43,000

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Model buta sebelah kerana tatu mata

Tommy Thomas letak jawatan Peguam Negara