suria

Saya Tak Sabar Nak Berjumpa Anak-Anak - Shalwati

Azizul Raheem Awalluddin bersama isterinya, Shalwati Norshal di KLIA tengah hari Rabu selepas dibebaskan dari Penjara Hinseberg di Frovi, Sweden pada Isnin. - Foto BERNAMA.
SEPANG: Warga Malaysia, Shalwati Norshal, 46, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 1.40 tengah hari Rabu, selepas dibebaskan daripada Penjara Hinseberg, Frovi, Sweden Isnin lalu. 

Ketibaan Shalwati disambut oleh suaminya, Azizul Raheem Awaluddin, yang telah pulang ke Malaysia Julai lalu selepas dia selesai menjalani hukuman penjara. 

Sebaik sahaja tiba, Shalwati hanya melambaikan tangannya kepada pemberita yang menunggunya di balai ketibaan, sementara sidang media kemudiannya diadakan di pejabat Tourism Malaysia di KLIA. 

"Saya tidak sabar untuk berjumpa dengan anak-anak saya petang ini. Mereka tahu saya tiba hari ini." katanya kepada pemberita. 


Ditanya mengenai layanan yang diterimanya ketika berada di penjara, Shalwati berkata, dia dilayan dengan baik tanpa sebarang masalah. 

"Tahap keselamatan di sana memang ketat. Namun mereka melayan saya dengan baik," katanya. 

Guru berkenaan turut menyifatkan hukuman penjara yang dilaluinya sebagai cara untuk 'meningkatkan tahap keimanannya'. 

"Inilah masanya untuk saya betul-betul dekat dengan Allah," katanya, sambil mengesat air mata. 

Suaminya Azizul, seorang Pegawai Tourism Malaysia turut dijatuhi hukuman penjara pada 29 Mac lalu kerana mendera anak-anak mereka sejak September 2010.

Azizul kemudiannya dibebaskan pada 9 Julai selepas menjalani hukuman penjara tiga bulan,

Pasangan berkenaan menaiki pesawat untuk pulang ke kampung halaman mereka di Kota Baru, Kelantan, untuk bertemu dengan anak-anak mereka pada petang Rabu. 

Shalwati Norshal, Azizul Raheem

Artikel Sebelum

Isu Tikus di HUSM Selesai

Artikel Berikut

Barisan Baharu Exco Selangor

Artikel Lain