suria

Pengusaha Homestay Dituduh Rakam Gambar Bogel

IPOH: Seorang pengusaha homestay dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, Rabu, atas tuduhan merakam gambar tiga lelaki dan lima wanita mandi dalam keadaan bogel, melalui mini kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bilik air homestay itu pada Julai lepas.

Tertuduh Lim Lai Heng, 42, mengaku tidak bersalah selepas lapan pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadaapan Majistret Haslinda A. Raof.

Lim didakwa hendak mengaibkan kehormatan mangsa dengan sengaja merakam gambar keluarga itu melalui mini CCTC yang dia pasang dalam bilik air tingkat atas homestay berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terhadap mangsa berumur 17 tahun hingga 53 tahun di Ipoh Garden Homestay, Jalan Pekeliling Tasek, Taman Canning di sini pada pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam, 27 Julai lepas.

Bagi kesalahan itu, Lim boleh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman memohon mahkamah memberi jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Justeru itu, peguam yang mewakili tertuduh, Stephen Su berkata tertuduh telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis dan memohon jaminan dikurangkan.

Majistret menetapkan jaminan sebanyak RM28,000 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan sekiranya tertuduh mendekati mangsa, jaminan akan dibatalkan dengan sendirinya.

Katanya tarikh sebutan kes pada 10 Nov depan.


Homestay, Mahkamah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain