suria

Pencipta Bendera MCA Meninggal Dunia

GEORGE TOWN: Seorang lagi pencipta bendera MCA, Kean Chai Seng, meninggal dunia di sebuah rumah perlindungan untuk warga emas di Bayan Baru di sini Khamis.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Kean, 90, juga adalah anggota veteran yang sanggup berjuang dan berkorban untuk parti.

"Kean dan mendiang Mok Yuen telah mencipta bendera parti dan menganggotai MCA lebih 65 tahun," katanya selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang bersama pemimpin MCA negeri yang lain di Batu Gantung pada Jumaat.

Terdahulu, Liow dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun membalut keranda Kean dengan bendera parti sebagai tanda penghormatan.

Sahabat karib mendiang, Mok Shau Pin, 57, berkata beliau dimaklum oleh seorang rakan bahawa Kean meninggal dunia kerana sakit tua pada kira-kira 6.20 petang.

Kean, yang sudah berpisah dengan isterinya, meninggalkan tiga anak yang kini menetap di seberang laut. 

Upacara pembakaran mayat mendiang akan berlangsung di Krematorium Mount Erskine pada Isnin.

Bendera MCA, Kean Chai Seng

Artikel Berikut

Tiga Terpedaya Jihad Palsu

Artikel Lain