suria

MB Selangor: Azmin Angkat Sumpah Jawatan Sebentar Lagi

Azmin ketika raptai majlis angkat sumpah jawatan menteri besar di Istana Alam Shah, Selasa
KLANG: Majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan berlangsung di Istana Alam Shah di sini pagi Selasa.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bakal mengangkat sumpah bagi jawatan itu pada pukul 10.30 pagi.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa tiba di Istana Alam Shah pada pukul 8.30 pagi. Beliau ditemani isterinya, Shamsida Taharin.

Sebaik tiba, Azmin kemudiannya melakukan raptai peringkat akhir bagi istiadat majlis angkat sumpah.

Pelantikan beliau sebagai menteri besar ke-15 pagi Selasa bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Suasana di istana pagi Selasa kelihatan tenang dan pemimpin negeri, kerabat diraja dan orang-orang kenamaan mulai memenuhi ruang Balairung Seri istana berkenaan.

Terdapat aturcara lain bersempena pelantikan Azmin sebagai menteri besar yang baharu selain majlis angkat sumpah di istana.

Antaranya adalah solat Zohor dan doa selamat di Masjid Kampung Kelang Gate Bharu, Hulu Klang yang dijadualkan bermula pada pukul 1 tengah hari.

Selepas itu, majlis kesyukuran menyambut di kediaman ibu Azmin, Che Tom di Jalan Seladang, Kampung Kelang Gate Bharu, Hulu Klang dijangka bermula 1.45 tengah hari.

Sidang media dijadualkan diadakan di kediaman ibunya pada pukul 2 petang.




Artikel Sebelum

Artikel Lain